15 Ogos 2024 - Warga UPNM bersama barisan Pengurusan Tertinggi Universiti telah beramai-ramai memeriahkan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat UPNM 2024 di Dataran Wawasan petang tadi. Disempurnakan oleh Naib Canselor, YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, majlis itu tadi merupakan sebahagian daripada pengisian sambutan hari kebangsaan peringkat UPNM tahun ini.
 
Pada majlis yang sama, YBhg. Naib Canselor turut memasang Jalur Gemilang di kenderaan sebagai simbolik pelancaran sebelum melepaskan konvoi 44 buah kenderaan mewakili 43 buah FPJB yang mengelilingi kampus UPNM bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan tahun ini.