7 Ogos 2024 - YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor telah menyempurnakan simbolik penyerahan bendera UPNM kepada kepada Kontinjen UPNM yang diwakili oleh Puan Fazielah binti Mohamad, Pendaftar selaku Ketua Kontinjen UPNM ke kejohanan SUKUM Ke-45 2024 yang bakal berlangsung di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 8 hingga 17 Ogos 2024. Kontinjen UPNM terdiri daripada 29 orang atlet dan diiringi oleh 2 orang pegawai yang akan bertanding dalam 4 jenis acara sukan iaitu footgolf, tenpin boling, golf dan olahgara. Seluruh warga UPNM mendoakan agar kontinjen UPNM mampu melakar prestasi terbaik serta meraih pingat dalam acara yang disertai.
 
Selamat maju jaya dan sukses kepada tim UPNM!
 
 
 

*Lihat video pendek di sini: https://youtu.be/ec8Aw2MEPYc