25 Julai 2024 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) buat julung kalinya menjadi hos bagi Mesyuarat Majlis Ketua Pustakawan Universiti Awam (MKPUA) Bil.3/2024. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Azman bin Hashim (Ketua Pustakawan, Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, Universiti Malaysia Kelantan) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Ketua Pustakawan Universiti Awam.

Turut menyambut kedatangan ahli mesyuarat ialah Naib Canselor UPNM, YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad bersama barisan Pengurusan Tertinggi UPNM. MKPUA adalah satu platform kerjasama di antara semua 20 orang Ketua Pustakawan yang membincangkan hal-hal berkaitan pengurusan perpustakaan, perancangan aktiviti yang akan dilaksanakan serta hala tuju perpustakaan universiti selain untuk memperkukuh kerjasama di antara perpustakaan universiti di Malaysia.
 
Semua ahli mesyuarat juga turut berpeluang untuk mengikuti aktiviti sukan menembak air rifle di Lapang Sasar 10 meter UPNM. Disiplin dan tatacara menembak air rifle ini telah diberi tunjuk ajar oleh pegawai dan staf dari Akademi Kecergasan dan Pertahanan (AKP) UPNM.