- Details
- Bil. Capaian: 1590
Visi
Untuk menjadi peneraju serantau dalam bidang pengurusan bantuan kemanusiaan dan peredaan bencana.
Misi
Komited sebagai pusat kecemerlangan dalam penyelidikan, latihan dan perundingan dengan pendekatan pelbagai disiplin yang akan menyumbang kepada pembangunan negara dan masyarakat
Objektif
-
Untuk mengenal pasti keperluan dan melaksana aktiviti penyelidikan dan perundingan dalam bidang HADR merentasi disiplin, sektor dan rantau;
-
Untuk menyokong dan memperkasa koordinasi operasi sivil-ketenteraan (CMOC);
-
Untuk menjadi pusat rujukan utama (one-stop centre) bagi latihan dan kecekapan terutamanya dalam pengurusan bencana, kecemasan, dan operasi HADR; dan,
-
Untuk melaksana penyelidikan strategik dan polisi dalam pengurusan bencana dan operasi HADR.
Fungsi
-
Meneliti, mengembangkan dan membangunkan amalan terbaik (best practices) berdasarkan keperluan sosioekonomi, budaya, dan persekitaran di peringkat nasional dan antarabangsa;
-
Melibatkan diri dan bekerjasama dengan institusi dan organisasi bersesuaian dalam penganjuran latihan, kecekapan, penyelidikan dan perundingan;
-
Melaksanakan aktiviti berkaitan bagi memenuhi rangka kerja (berkaitan pengurusan bencana dan HADR) di peringkat nasional dan antarabangsa; dan,
-
Bekerjasama dalam aktiviti HADR dan CMOC bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), agensi-agensi tindak balas bencana, NGO, organisasi serantau dan antarabangsa.
- Details
- Bil. Capaian: 1468
Untuk mengemukakan sebarang cadangan atau pertanyaan lanjut, kami boleh dihubungi melalui saluran-saluran berikut:
Pusat Penyelidikan Bantuan Kemanusiaan dan Peredaan Bencana (HADR),
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia,
Kem Perdana Sungai Besi,
57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Malaysia.
Tel: +603 9051 3047
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
- Details
- Bil. Capaian: 1437
- Details
- Bil. Capaian: 2406
Untuk maklumat dan sumber lanjut berkenaan Pusat Penyelidikan HADR termasuklah program-program yang kami anjurkan dari masa ke semasa, sila lawati kami di: https://hadr.upnm.edu.my/
- Details
- Bil. Capaian: 8935
Pusat Penyelidikan Bantuan Kemanusiaan dan Peredaan Bencana (Humanitarian Assistance and Disaster Relief Research Centre) telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 Februari 2017 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia di bawah kuasa tanggungjawab Pejabat Naib Canselor UPNM. Sebagai salah satu pusat kecemerlangan di UPNM, Pusat Penyelidikan HADR menumpukan usaha penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pengurusan bencana, terutamanya dari segi pengurangan risiko bencana, dan juga perancangan tindakbalas kecemasan bagi agensi-agensi kerajaan, badan bukan kerajaan serta komuniti setempat.
Kini, Pusat Penyelidikan HADR telah dipindahkan di bawah pusat tanggungjawab Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) sejajar dengan fokus pusat ini ke arah penyelidikan dan pembangunan. Pusat Penyelidikan HADR juga sentiasa berusaha ke arah penglibatan secara kerjasama bersama agensi, jabatan atau organisasi di peringkat nasional, serantau dan juga antarabangsa. Antara penglibatan ini adalah bersama:
- Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
- Markas Angkatan Bersama (MKAB) Angkatan Tentera Malaysia
- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
- Majlis Keselamatan Negara (MKN)
- Polis Diraja Malaysia (PDRM)
- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)
- Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Johor Petroleum Development Corporation (JPDC)
- United Nations World Food Programme - Humanitarian Response Depot (WFP-UNHRD)
- United Kingdom Space Agency (UKSA)
- Janus TCD Ltd. (UK)
- United States Indo-Pacific Command (USINDOPACOM)
- Center for Excellence in Disaster Management and Humanitarian Assistance (CFE-DM)
- Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)
- Taiwan Buddhist Tzu Chi Association Malaysia