Pusat Penyelidikan Bantuan Kemanusiaan dan Peredaan Bencana (Humanitarian Assistance and Disaster Relief Research Centre) telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 Februari 2017 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia di bawah kuasa tanggungjawab Pejabat Naib Canselor UPNM. Sebagai salah satu pusat kecemerlangan di UPNM, Pusat Penyelidikan HADR menumpukan usaha penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pengurusan bencana, terutamanya dari segi pengurangan risiko bencana, dan juga perancangan tindakbalas kecemasan bagi agensi-agensi kerajaan, badan bukan kerajaan serta komuniti setempat.
Kini, Pusat Penyelidikan HADR telah dipindahkan di bawah pusat tanggungjawab Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) sejajar dengan fokus pusat ini ke arah penyelidikan dan pembangunan. Pusat Penyelidikan HADR juga sentiasa berusaha ke arah penglibatan secara kerjasama bersama agensi, jabatan atau organisasi di peringkat nasional, serantau dan juga antarabangsa. Antara penglibatan ini adalah bersama:
- Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
- Markas Angkatan Bersama (MKAB) Angkatan Tentera Malaysia
- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
- Majlis Keselamatan Negara (MKN)
- Polis Diraja Malaysia (PDRM)
- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)
- Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Johor Petroleum Development Corporation (JPDC)
- United Nations World Food Programme - Humanitarian Response Depot (WFP-UNHRD)
- United Kingdom Space Agency (UKSA)
- Janus TCD Ltd. (UK)
- United States Indo-Pacific Command (USINDOPACOM)
- Center for Excellence in Disaster Management and Humanitarian Assistance (CFE-DM)
- Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)
- Taiwan Buddhist Tzu Chi Association Malaysia