Visi

Untuk menjadi peneraju serantau dalam bidang pengurusan bantuan kemanusiaan dan peredaan bencana.

 

Misi

Komited sebagai pusat kecemerlangan dalam penyelidikan, latihan dan perundingan dengan pendekatan pelbagai disiplin yang akan menyumbang kepada pembangunan negara dan masyarakat

 

Objektif

  1. Untuk mengenal pasti keperluan dan melaksana aktiviti penyelidikan dan perundingan dalam bidang HADR merentasi disiplin, sektor dan rantau;

  2. Untuk menyokong dan memperkasa koordinasi operasi sivil-ketenteraan (CMOC);

  3. Untuk menjadi pusat rujukan utama (one-stop centre) bagi latihan dan kecekapan terutamanya dalam pengurusan bencana, kecemasan, dan operasi HADR; dan,

  4. Untuk melaksana penyelidikan strategik dan polisi dalam pengurusan bencana dan operasi HADR.

 

Fungsi

  1. Meneliti, mengembangkan dan membangunkan amalan terbaik (best practices) berdasarkan keperluan sosioekonomi, budaya, dan persekitaran di peringkat nasional dan antarabangsa;

  2. Melibatkan diri dan bekerjasama dengan institusi dan organisasi bersesuaian dalam penganjuran latihan, kecekapan, penyelidikan dan perundingan;

  3. Melaksanakan aktiviti berkaitan bagi memenuhi rangka kerja (berkaitan pengurusan bencana dan HADR) di peringkat nasional dan antarabangsa; dan,

  4. Bekerjasama dalam aktiviti HADR dan CMOC bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), agensi-agensi tindak balas bencana, NGO, organisasi serantau dan antarabangsa.