- Details
- Bil. Capaian: 1
12 MAC 2026 | UPNM: Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Sumbangan Aidilfitri menutup tirai Program Ihya’ Ramadan UPNM 1447H/2026 di Masjid UPNM Sultan Ibrahim, disempurnakan oleh Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad yang turut menyampaikan sumbangan kepada penerima.
Selain meraikan khatam Al-Quran oleh 90 staf dan pelajar, sumbangan Aidilfitri berjumlah RM52,350 diagihkan kepada 120 staf dan 200 pelajar berkeperluan hasil dana zakat pelbagai agensi, Tabung Wakaf serta sumbangan Prof. Datuk Dr. Mohamed Fadzil bin Che Din.
Di bulan Ramadan, setiap sedekah dan kebajikan bukan sekadar kebaikan di dunia, tetapi amal yang menjadi bekalan menuju akhirat.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

- Details
- Bil. Capaian: 1221
3 Mac 2026 bersamaan 13 Ramadan 1447H menjadi detik bermakna buat UPNM apabila KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Masjid UPNM Sultan Ibrahim.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda diiringi paduka anakanda YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Masjid ini dinamakan sempena Seri Paduka Baginda selaku Ketua Agama Islam, melambangkan penghormatan warga UPNM kepada kepimpinan Baginda yang teguh prinsipnya. Perjalanannya bermula dengan perasmian tapak pada 12 Disember 2020, diikuti pembinaan pada Mei 2022 dan siap sepenuhnya pada Jun 2024.
Dibina melalui sumbangan dana pembangunan oleh Tan Sri Dato’ Seri Syed Azman bin Syed Ibrahim, Pengerusi LPU UPNM, masjid berkonsep seni bina Islamik moden ini menelan kos sekitar RM16 juta dan mampu menampung sehingga 3,500 jemaah dalam satu masa.
Majlis perasmian kemudiannya diikuti bacaan doa oleh Sahibus Samahah Tuan Ahmad Fauwaz bin Ali @ Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan, sebelum Seri Paduka Baginda berkenan menunaikan Solat fardhu Maghrib berjemaah bersama para jemaah.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Hadir sama YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, Jen Datuk Hj Malek Razak bin Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera, Pro-Canselor II UPNM serta barisan kepimpinan negara dan universiti.
Pada tahun UPNM menyambut dua dekad penubuhannya, masjid ini menjadi satu lagi mercu tanda di kampus ini, tempat jiwa dibentuk, agar kekuatan bukan hanya pada strategi, tetapi juga pada iman.
Daulat Tuanku.
- Details
- Bil. Capaian: 1247
26 FEBRUARI 2026 | UPNM: UPNM menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dalam suasana penuh ukhwah, menghimpunkan barisan kepimpinan universiti, pelajar dan staf UPNM bersama tetamu kehormat.
Majlis ini turut diserikan kehadiran Laksamana Tan Sri Dato’ Setia (Dr.) Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor (Bersara), Pro-Canselor UPNM serta Tan Sri Dato’ Seri Syed Azman bin Syed Ibrahim, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UPNM merangkap Pengarah Urusan Kumpulan The Weststar Group.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Istimewanya, kehadiran keluarga besar Weststar di kampus mencerminkan sinergi unik antara dunia industri dan akademik berkongsi rezeki, memperkukuh silaturahim dan menyemai nilai kemanusiaan.
Saat azan Maghrib berkumandang, seluruh hadirin berbuka bersama sebelum meneruskan solat berjemaah. Kehadiran Jen Datuk Hj Malek Razak bin Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera bagi menunaikan solat Tarawih di Masjid UPNM menambahkan lagi makna dan kebersamaan malam Ramadan tersebut.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
- Details
- Bil. Capaian: 1286
3 MAC 2026 | UPNM: Di Dewan Senat UPNM, mahasiswa berpeluang berkongsi pandangan secara langsung bersama YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi.
MPP, Pegawai Kadet ALK dan PALAPES berkongsi pandangan, harapan serta idea tentang masa depan pendidikan tinggi negara.
Dialog santai. Tetapi maknanya besar untuk generasi masa hadapan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |


















































































