11 Oktober 2024 | UPNM - Hari ini UPNM telah mengadakan sambutan Hari Sukan Negara 2024 peringkat UPNM yang dirasmikan oleh YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM. Hari Sukan Negara (HSN) merupakan sebuah gerakan nasional dengan hasrat membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat. Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang pembudayaan sukan dan mempromosikan amalan hidup sihat dalam kalangan warga UPNM.
Program dimulakan dengan sesi warm-up dan riadah senamrobik dan seterusnya pelepasan larian 3.0km Hari Sukan Negara oleh YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM bersama semua warga UPNM di Pavilion UPNM.