- Details
- Bil. Capaian: 251
24 DISEMBER 2024 │ UPNM: Hari ini UPNM telah menerima Lawatan Sambil Belajar daripada 18 orang delegasi Rabdan Academy, UAE yang diketuai oleh Madam Noora Mohamed Al Hameli. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan amalan terbaik universiti di peringkat antarabangsa, pertukaran pengetahuan dalam bidang pertahanan, keselamatan, serta persediaan menghadapi bencana dan pengurusan krisis serta program pertukaran pelajar.
YBhg. Prof. Ts. Dr. Hj Azizi bin Hj Miskon, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah hadir mewakili Naib Canselor bagi menyambut kedatangan delegasi. Taklimat universiti telah disampaikan oleh YBhg. Mej Jen Dato’ Dr. Kwong Fook Wen (Bersara), Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat).
- Details
- Bil. Capaian: 1807
18 - 20 Disember 2024 | PORT DICKSON: YBhg. Naib Canselor, Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad hadir merasmikan Bengkel Pemantauan Pencapaian Pelan Strategik UPNM 2024 - 2025 di Avillion Admiral Cove yang diadakan pada 18 - 20 Disember 2024. Bengkel ini diadakan bagi membuat semakan semula pencapaian dan sasaran Pelan Strategik UPNM bagi tahun 2024 - 2025 dan perancangan tahun 2026 - 2030 serta membentangkan tahap pencapaian Pelan Strategik UPNM bagi tahun 2024.
Bengkel ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Dr. Abdul Rahman bin Abdul Razak Shaik, Ahli LPU, YBhg. Lt Kol Prof. Dr. Victor Feizal bin Knight Victor Ernest @ Abd Shatar (Bersara), Ahli LPU, semua Pengurusan Tertinggi, Dekan-dekan Fakulti dan Pengarah-pengarah Pusat Akademik.
- Details
- Bil. Capaian: 2076
17 Disember 2024 | UPNM - DSA Exhibition and Conference Sdn Bhd (DSA) telah mengumumkan komitmen besar sebanyak RM400,000.00 kepada UPNM dengan menubuhkan tabung biasiswa yang dikenali sebagai DSA Scholarship Funds, didedikasikan kepada anak-anak anggota yang sedang berkhidmat dan yang telah bersara dari ATM dan PDRM yang sedang melanjutkan pengajian di UPNM. Sumbangan dana ini oleh pihak DSA adalah seiring dengan komitmen UPNM dalam bidang pertahanan dan keselamatan. Dana ini akan dibayar sebanyak RM100,000.00 setiap dua (2) tahun sekali atau pada tahun yang berlangsungnya pameran DSA dan NATSEC Asia sehingga tahun 2030, mensasarkan pelajar UPNM yang cemerlang dengan merit akademik yang luar biasa dan keperluan kewangan.
- Details
- Bil. Capaian: 50
16 – 18 DIESEMBER 2024 | UPNM - Seramai 36 orang pelajar dari SK To’ Uban, Pasir Mas, Kelantan bersama 10 orang pengiring yang terdiri dariapda Guru Besar, guru-guru serta wakil PIBG julung kalinya telah datang melawat ke UPNM dalam siri Lawatan Kecemerlangan Akademik pada 16 sehingga 18 Disember 2024 yang lalu.
Lawatan ini sebagai salah satu aktiviti maklum balas dari kejayaan pelaksanaan Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni Madani) yang dianjurkan oleh UPNM ke Mukim To’ Uban pada sebelum ini.
Banyak input dan penerangan tentang UPNM telah diberikan semasa sesi taklimat daripada pihak Urus Setia Program dan juga PPAP UPNM, di samping lawatan ke Simulator Kapal, Pusat Maritim, Muzium FPKP dan Perpustakaan PJTI. Semoga perkara yang diperjelaskan kepada murid-murid dapat menarik minat mereka untuk belajar bersungguh-sungguh, sekaligus menyuntik semangat murid-murid untuk menyambung pengajian ke peringkat menara gading khususnya di UPNM sendiri.
Selain itu, rombongan daripada SK To’ Uban ini juga meneruskan lawatan mereka sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan ke Melaka Bandaraya Bersejarah dengan menziarahi lokasi-lokasi yang menarik sebagai satu pengalaman memori indah dalam hidup murid-murid. Lokasi terakhir mereka sebelum bertolak pulang adalah Perhentian Gemas iaitu stesen keretapi utama Malaysia yang ditempah khas untuk pulang ke To’ Uban, Pasir Mas, Kelantan. Semoga lawatan ini memberikan manfaat dan faedah terbaik buat semua peserta rombongan.
- Details
- Bil. Capaian: 4301
7 Disember 2024 | UPNM - Suasana Sidang Keenam Istiadat Konvokesyen ke-14 UPNM yang berlangsung di Dewan Zulfaqar pada hari ini.