14 Feb 2025 (Jumaat) | Pusat Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dengan kerjasama Unit Latihan & Kompetensi, Pejabat Pendaftar UPNM telah menganjurkan Ceramah Khas sempena Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat UPNM 1446H/2025M bertempat di Dewan Bestari UPNM oleh penceramah selebriti yang dijemput khas iaitu Al-Fadhil Ustaz Izmir Fareez bin Noorazalan.
Program yang berlangsung pada jam 10.00 pagi itu diadakan bertujuan untuk meningkatkan lagi penghayatan terhadap ibrah yang terkandung di dalam peristiwa Israk dan Mikraj sekaligus meraikan peristiwa Israk dan Mikraj ini dengan pengisian program-program keilmuan sebagai titik percambahan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian.
![]() |
![]() |
Turut hadir bersama-sama program ini Yang Berbahagia Prof. Dato’ Ts. Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPNM serta barisan pengurusan tertinggi universiti, YBrs. Dr. Redwan bin Yasin selaku Pengarah Pusat Islam UPNM dan juga warga universiti. Pusat Islam UPNM ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga kampus atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan penganjuran program kali ini. Semoga program tersebut memberikan kebaikan serta manfaat buat semua yang terlibat sekaligus beroleh keberkatan daripada Allah SWT.
![]() |
![]() |