25 Jun 2024 - Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPNM telah menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Badan Pelajar Sesi 2023/2024 bertemakan “Mahasiswa Madani, Pemangkin Kegemilangan Universiti” pada 25 Jun 2024 bertempat di Dewan Zulfaqar. Majlis Anugerah ini telah dirasmikan oleh YBhg Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM. Program ini dianjurkan bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada badan pelajar yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang sepanjang sesi 2023/2024.
Pengarah Pusat Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar Hal Ehwal Pelajar & Alumni Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Syed Mohd Fairuz Bin Syed Mohd Dardin berkata “Majlis AKBP ini bertujuan untuk meraikan Badan-Badan Pelajar UPNM yang telah mengharumkan nama universiti didalam penganjuran aktiviti yang berimpak tinggi dan turut menyumbang kepada masyarakat setempat mahupun antarabangsa merentasi pelbagai kluster kokurikulum”.
Anugerah ini telah menghimpunkan 64 badan pelajar dan 12 kategori anugerah dipertandingkan. Pelbagai anugerah menjadi sasaran badan pelajar namun anugerah utama ialah Anugerah Bitara Badan Pelajar merupakan anugerah kemuncak telah menjadi milik Kelab Peers Leaders UPNM. Selaras dengan tema anugerah bagi memastikan pelajar-pelajar aktif dalam kegiatan pelajar. Misi untuk membentuk sahsiah dan keperibadian “Leaders of Character” amat tepat melalui ruang pengiktirafan ini.
Tahniah dan Syabas kepada penerima-penerima anugerah yang berjaya.
25 Jun 2024 - Hari ini UPNM telah menerima lawatan daripada National Defence Academy (NDA) of People's Liberation Army (PLA) yang diketuai oleh Major General Dong Bin, Commandant of Military Culture College. Delegasi seramai 47 orang disambut oleh YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor bersama barisan Pengurusan Tertinggi UPNM.
5 Jun 2024 - Kempen Kesihatan Wanita & Komuniti UPNM telah berlangsung di Dewan Pendekar UPNM. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Hajah Habibah binti Mohd Yusof, Ahli Lembaga Pengarah UPNM. Turut diadakan ceramah yang bertajuk "Cantik" Bukan Sekadar Rupa dan STD/HIV Jangan Anggap Remeh! di Dewan Theatrette, Bangunan Lestari UPNM.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya, derma darah, saringan kesihatan termasuk ujian HPV DNA, pemeriksaan payudara, pendaftaran mamogram (LPPKN), pemeriksaan gigi, pemeriksaan saringan ujian darah kanser, booth Klinik Estetik serta jualan dan foodtrucks.
20 Jun 2024 - YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor telah merasmikan Program Ibadah Korban UPNM 1445H/2024M anjuran Pusat Islam UPNM yang berlangsung di Pusat Marin semalam. Ibadah korban ini telah melibatkan 10 ekor lembu hasil sumbangan dari warga UPNM. Turut hadir barisan Pengurusan Tertinggi Universiti serta warga UPNM bagi menjayakan program ini. Kemudian, sesi pengagihan daging korban kepada semua warga UPNM.
21 Mei 2024 - Hari ini UPNM telah menerima Lawatan daripada National Defence Academy (NDA) Vietnam yang diketuai oleh Senior Lieutenant General Tran Viet Khoa, Presiden, National Defence Academy of Vetnam. Delegasi turut dibawa melihat demonstrasi simulator penerbangan di Fakulti Kejuruteraan UPNM.