14 JULAI 2025 | UPNM: Bukan sekadar laporan di atas kertas, Naib Canselor UPNM, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad hari ini turun sendiri ke Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan (FPKP), melihat dari dekat apa yang sedang berlaku di bilik kuliah, makmal dan ruang pembelajaran.
Dari Muzium Anatomi ke Clinical Skills Lab, dari Bilik Problem Based Learning (PBL) hingga ke Makmal Penyelidikan, semua dilawati satu per satu. Bukan sekadar melihat, tetapi memahami apa yang diperlukan untuk memperkukuh lagi ekosistem pembelajaran perubatan pertahanan di UPNM.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Sesi town hall bersama pensyarah menjadi medan mendengar terus pandangan, keperluan dan harapan bukan dalam suasana formal semata-mata, tetapi dengan semangat terbuka dan inklusif.
Inilah budaya UPNM30, kepimpinan yang sentiasa bersama warga, membina universiti dengan kepercayaan dan kebersamaan.

![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |