13 MEI 2025 | UPNM: Pusat Kesihatan, Pejabat Pendaftar UPNM telah menganjurkan Program Reben Merah di Dewan Bestari dan Dewan Pendekar. Majlis perasmian disempurnakan oleh YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, Naib Canselor UPNM dengan kehadiran lebih 300 orang pelajar dan staf UPNM.
 
Program ini mendapat sambutan hangat dengan aktiviti menarik seperti saringan dan pameran kesihatan, ujian saringan HIV, promosi dan permainan interaktif kesihatan, perkhidmatan pergigian bergerak (mobile bas), serta pelbagai jualan makanan (food vendor/truck) yang disediakan di Dewan Pendekar. Turut diadakan adalah Forum Interaktif Kesihatan yang disampaikan empat (4) orang panel jemputan berkaliber merangkumi pakar perubatan, pegawai kesihatan, kaunselor, dan pakar dalam bidang HIV/AIDS. Forum ini memberikan panduan berharga serta meningkatkan kesedaran mengenai isu kesihatan penting dalam kalangan warga kampus.
 
 
 
Terima kasih kepada semua yang menyokong termasuk rakan strategik KKM melalui Pejabat Kesihatan Cheras, Malaysian AIDS Council (Majlis AIDS Malaysia) serta Kelab PROSIS. Semoga program ini meningkatkan kesedaran dan mengurangkan stigma terhadap HIV/AIDS dalam kalangan warga kampus.