
- Details
- Bil. Capaian: 34
16 Mei 2025 | UPNM: UPNM hari ini melakar sejarah penting apabila Naib Canselor baharunya, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad menyampaikan Perutusan Ulung Naib Canselor sempena 100 hari pelantikan beliau bertempat di Dewan Zulfaqar.
Dalam perutusan yang penuh iltizam itu, beliau telah mengumumkan pelan strategik jangka panjang UPNM30 sebagai kerangka pembangunan universiti menjelang tahun 2030. Pelan ini bertujuan memperkukuh kedudukan UPNM sebagai institusi primier dalam aspek ketenteraan, pertahanan dan keselamatan yang unggul dan berdaya saing pada peringkat nasional dan antarabangsa.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Empat Teras Strategik UPNM30 yang diakronimkan kepada KP²T digariskan dalam pelan strategik ini merangkumi Kesarjanaan, iaitu memperkasa aspek akademik dan pembangunan pelajar secara holistik; Pusat Kecemerlangan yang menumpukan kepada usaha memperkukuh kedudukan universiti sebagai pusat rujukan strategik dalam bidang pertahanan, keselamatan dan sukan; Penjanaan yang bertujuan mengoptimumkan sumber melalui model kewangan yang lestari; serta Tadbir Urus yang menekankan pelaksanaan governan yang efisien, berteraskan prinsip integriti dan akauntabiliti bagi memastikan pengurusan universiti yang telus dan berkesan.
Beliau turut memperkenalkan Falsafah H.E.L.A.N.G, iaitu satu akronim yang merangkumi nilai-nilai Holistik, Etika, Legasi, Adaptasi, Naratif dan Gagasan yang perlu diterapkan oleh seluruh warga universiti dalam merealisasikan matlamat UPNM30.
Pelaksanaan pelan strategik ini dirancang bermula dengan Fasa Penjajaran (sekarang - Disember) yang memberi tumpuan kepada penyelarasan dasar dan struktur dalaman, diikuti Fasa Pembangunan (2026) melibatkan pembinaan pelan tindakan menyeluruh. Fasa Aplikasi (2027 - 2029) memfokuskan kepada pelaksanaan dan pemantauan hasil secara berterusan, sebelum mencapai kemuncaknya pada tahun 2030 melalui Fasa UPNM30 menyasarkan UPNM sebagai universiti pertahanan unggul di peringkat serantau.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

- Details
- Bil. Capaian: 1379
13 Mei 2025 | UPNM: Lebih 500 orang pelajar dan staf UPNM menyertai Larian Reben Merah 3KM anjuran Pusat Kesihatan, Pejabat Pendaftar pada petang tadi di Pavilion UPNM.
Pelepasan disempurnakan oleh Naib Canselor UPNM, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad bersama barisan Pengurusan Tertinggi Universiti.
Program berlangsung dengan sangat meriah dan mendapat sambutan luar biasa. Ini adalah satu langkah sihat ke arah kesedaran HIV/AIDS dan gaya hidup aktif warga kampus UPNM! 



Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

- Details
- Bil. Capaian: 1252
8 MEI 2025 | UPNM: Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) - UPNM Siri ke-14 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Senat telah dipengerusikan bersama oleh YBhg. Mej Jen Dato’ Dr. Kwong Fook Wen (Bersara), Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat), UPNM dan YBhg. Mej Jen Dato’ Indera Zahari bin Mohd Ariffin, Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan, ATM.
Sebelum mesyuarat berlangsung, YBhg. Mej Jen Dato’ Indera Zahari telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Naib Canselor UPNM, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad. Dalam pertemuan ringkas tersebut, kedua-dua pihak menekankan kepentingan kesinambungan kerjasama strategik UPNM - ATM.
![]() |
![]() |
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Naib Canselor UPNM, yang menekankan komitmen universiti dalam memperkukuh peranan sebagai pusat kecemerlangan ilmu pertahanan dan keselamatan. Beliau turut menyambut baik usaha ATM dalam memperkukuh jaringan kerjasama yang sedia terjalin dan menyeru agar lebih banyak inisiatif bersama dilaksanakan.
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bersama ini menjadi platform penting yang berperanan sebagai jambatan strategik dalam memperkukuh hubungan dua hala antara UPNM dan ATM. Ia memberi fokus kepada pembangunan kerjasama dalam pelbagai aspek, termasuk jaringan industri, penyelidikan, latihan pertahanan, dan pembangunan modal insan dalam konteks keselamatan dan pertahanan negara.
Kerjasama erat ini turut menyokong misi UPNM sebagai institusi pendidikan tinggi bertunjangkan pertahanan yang unik di Malaysia, serta memperkukuh peranan ATM dalam pembangunan sumber manusia yang kompeten dan berdaya saing dalam sektor ketenteraan dan keselamatan negara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

- Details
- Bil. Capaian: 1229
13 MEI 2025 | UPNM: Pusat Kesihatan, Pejabat Pendaftar UPNM telah menganjurkan Program Reben Merah di Dewan Bestari dan Dewan Pendekar. Majlis perasmian disempurnakan oleh YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, Naib Canselor UPNM dengan kehadiran lebih 300 orang pelajar dan staf UPNM.
Program ini mendapat sambutan hangat dengan aktiviti menarik seperti saringan dan pameran kesihatan, ujian saringan HIV, promosi dan permainan interaktif kesihatan, perkhidmatan pergigian bergerak (mobile bas), serta pelbagai jualan makanan (food vendor/truck) yang disediakan di Dewan Pendekar. Turut diadakan adalah Forum Interaktif Kesihatan yang disampaikan empat (4) orang panel jemputan berkaliber merangkumi pakar perubatan, pegawai kesihatan, kaunselor, dan pakar dalam bidang HIV/AIDS. Forum ini memberikan panduan berharga serta meningkatkan kesedaran mengenai isu kesihatan penting dalam kalangan warga kampus.

![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Terima kasih kepada semua yang menyokong termasuk rakan strategik KKM melalui Pejabat Kesihatan Cheras, Malaysian AIDS Council (Majlis AIDS Malaysia) serta Kelab PROSIS. Semoga program ini meningkatkan kesedaran dan mengurangkan stigma terhadap HIV/AIDS dalam kalangan warga kampus.

![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

- Details
- Bil. Capaian: 2279
7 MEI 2025 | UPNM: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menerima kunjungan daripada delegasi Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) yang diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Norazharuddin Shah binti Abdullah, Timbalan Pengarah, Pusat Pengurusan Bakat. Delegasi AKEPT kemudiannya mengadakan kunjungan hormat kepada Naib Canselor, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad.

![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Sesi Libat Urus AKEPT - UPNM ini merupakan inisiatif Pejabat Pendaftar telah memberi nilai tambah yang besar melalui perkongsian maklumat dan strategi pelaksanaan program pembangunan kepimpinan yang mampan.
Semoga sinergi dua hala ini menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh pembangunan bakat dan kepimpinan pendidikan tinggi secara menyeluruh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |