25 APRIL 2025 | UPNM: Hari ini UPNM telah menerima lawatan rasmi daripada delegasi Karary University, Sudan yang diketuai oleh Lt Gen Prof. Ahmed Abakr Yahya Mohamed, Rector University. Turut hadir bersama delegasi adalah Duta Besar Republik Sudan ke Malaysia, TYT Hassan Abdelsalam Omer.
 
Delegasi disambut oleh YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, Naib Canselor bersama barisan Pengurusan Tertinggi UPNM.
 
Lawatan bertujuan meneroka peluang kerjasama akademik dan penyelidikan terutamanya dalam bidang pertahanan dan keselamatan antara kedua-dua institusi.