- Details
- Bil. Capaian: 12405
Penerbit UPNM telah ditubuhkan dengan rasminya pada 22 Disember 2008 setelah diluluskan oleh Mesyuarat Senat Universiti yang bersidang pada hari yang sama.
Secara umumnya, Penerbit UPNM memegang misi menerbit dan menyebar terbitan para akademia UPNM dan karyawan lain sebagai penyumbang kepada penyebaran ilmu pertahanan dan keselamatan. Penerbit UPNM berhasrat menjadi sebuah Penerbit Universiti yang terpandang melalui penghasilan karya-karya ilmiah yang bermutu tinggi terutamanya dalam bidang pertahanan dan keselamatan.
- Details
- Bil. Capaian: 2591
Fungsi dan peranan Penerbit UPNM adalah seperti berikut:
Menjadi agensi setempat bagi semua urusan penerbitan ilmiah bermula daripada penerimaan manuskrip, semakan, penyuntingan, susun atur, penerbitan master copy, mengatur penilaian karya oleh pakar bidang, reka bentuk naskhah, reka bentuk grafik, penterjemahan, adaptasi teks, pendaftaran ISBN/ISSN/PDP sehinggalah ke urusan percetakan dan pengedaran karya-karya ilmiah dan penyelidikan.
Menyelaras dan menganjurkan latihan/seminar/kursus/klinik yang berkaitan dengan penerbitan seperti penyuntingan, penterjemahan, penyuntingan, bengkel karya asli, penulisan makalah jurnal, bengkel pruf dan klinik perundingan penerbitan karya-karya ilmiah.
Mengumpul, menyebar dan menerbitkan maklumat berkenaan dengan aspek penerbitan.
Membantu mengurus selia kepada aktiviti-aktiviti berkaitan penerbitan seperti Majlis Syarahan Perdana, persidangan dan sebagainya.