10 APRIL 2026 | MELAKA: Melalui Program Kampung Angkat MADANI, UPNM merealisasikan gelanggang futsal di Kampung Alai sebagai ruang baharu yang menghidupkan komuniti setempat. Gelanggang ini hari ini rasmi digunakan, disempurnakan oleh Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, Naib Canselor UPNM. Perlawanan persahabatan antara JPKK Kg. Alai dan UPNM membuka tirai penggunaan gelanggang, dengan keputusan berpihak kepada tuan rumah.
 
 
⚽ FT: JPKK Kg. Alai 3 - 2 UPNM
 
Sorakan, gelak tawa dan semangat di gelanggang menjadi gambaran jelas bagaimana Kampung Angkat MADANI diterjemahkan bukan sekadar pembangunan fizikal, tetapi impak yang benar-benar dirasai oleh komuniti.