23 APRIL 2026 | MITEC: Melalui forum “Shaping The Future Force: AI and Cybersecurity as the Vanguard of Digital Defence”, UPNM memperkukuh peranannya dalam menerajui dialog strategik berkaitan kesiapsiagaan pertahanan digital negara di DSA & NATSEC Asia 2026.
 
Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan bahawa pertahanan negara adalah tanggungjawab menyeluruh dalam memastikan kedaulatan, keamanan dan kestabilan negara terus terpelihara.
 
 
 
Selari dengan itu, Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad menekankan komitmen universiti dalam melahirkan bakat pertahanan yang bukan sahaja memahami teknologi, tetapi mampu mengaplikasikannya dalam mempertahankan negara.
 
UPNM bukan sekadar membangunkan ilmu, tetapi membina keupayaan yang menentukan kesiapsiagaan negara.