PPW UPNM telah mendapat surat kelulusan untuk membuat wakaf (al-Mutawalli) daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 8 November 2018. Seterusnya Memorandum Perjanjian Wakaf Pendidikan Institusi Pengajian Tinggi (MOA) telah ditandatangani pada 13 Mac 2019 antara UPNM-MAIWP dan akhirnya secara rasminya telah dilancarkan pada 14 Julai 2021 oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).