PROGRAM GEROBOK REZEKI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM) BERSAMA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)

Program yang diadakan pada setiap bulan ini merupakan aktiviti bulanan Pusat Pengurusan Wakaf (PPW) dalam menyalurkan bantuan keperluan pelajar UPNM. Aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Pengurusan Wakaf (PPW) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan (MAIWP) ini telah memberi manfaat kepada lebih 1,200 pelajar UPNM yang memerlukan. 

         

 

   

  

PROGRAM RAHMAH RAMADHAN : “ JOM BALIK KAMPUNG! ”

Program ini adalah program pemberian bas percuma kepada pelajar – pelajar di UPNM yang akan pulang ke kampung bagi menyambut hari raya Aidilfitri serta pemberian duit raya. Program ini telah melibatkan kos sebanyak RM 105,000.00 yang disumbangkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

 

                       

 

LAWATAN RASMI PENGARAH PPW UPNM KE MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU TERENGGANU

Lawatan yang diadakan ini sebagai satu inisiatif PPW UPNM dalam mengeratkan lagi hubungan dua hala bagi memantapkan strategi Pusat Pengurusan Wakaf UPNM dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelajar-pelajar UPNM.

 

                       

                                                                                        

 

LAWATAN RASMI PUSAT PENGURUSAN WAKAF UPNM KE YAYASAN MELAKA 

Lawatan yang diadakan ini bagi membincangkan kolaborasi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Yayasan Melaka (YM) bagi Persidangan Antarabangsa Wakaf, Zakat dan Filantropi 2024.

 

                                 

                                                                                          

 

PROGRAM GEROBOK REZEKI DENGAN KERJASAMA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)

Program yang diadakan pada setiap bulan ini merupakan aktiviti bulanan Pusat Pengurusan Wakaf (PPW) dalam menyalurkan bantuan keperluan pelajar UPNM. Aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Pengurusan Wakaf (PPW) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan (MAIWP) ini telah memberi manfaat kepada lebih 1,000 pelajar UPNM yang memerlukan.

 

                     

                     

 

LAWATAN RASMI PUSAT PENGURUSAN WAKAF KE PUSAT PUNGUTAN ZAKAT (PPZ)

Lawatan yang diadakan ini adalah sebagai satu usaha Pusat Pengurusan Wakaf UPNM dalam mengembangkan lagi jalinan kerjasama dengan pihak korporat luar dan saling bertukar idea dalam memantapkan lagi tadbir urus gerak kerja Pusat Pengurusan Wakaf.

 

                      

 

KUNJUNGAN HORMAT PUSAT PENGURUSAN WAKAF KE JABATAN PENDIDIKAN TINGGI

Kunjungan yang diadakan ini adalah sebagai satu usaha Pusat Pengurusan Wakaf UPNM dalam mengembangkan lagi jalinan kerjasama dengan pihak korporat luar dan saling bertukar idea dalam memantapkan lagi tadbir urus gerak kerja Pusat Pengurusan Wakaf.