AGIHAN KURMA KEPADA PEWAKAF POTONGAN GAJI TAHUN 2024 BERSAMA PPW

Dalam semangat menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan yang lalu, Pusat Pengurusan Wakaf (PPW) dengan sukacitanya membuat Edaran Kurma kepada pewakaf yang membuat potongan gaji bulanan bersama PPW.
 
Inisiatif ini bertujuan untuk menyemarakkan amalan bersedekah serta mengeratkan hubungan silaturahim antara warga kerja UPNM. Ianya juga sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang PPW kepada pewakaf yang sudi berwakaf sepanjang tahun 2024 yang lalu.
 
Kami berharap inisiatif ini bukan sahaja dapat memberi manfaat dari segi fizikal, tetapi juga menyuburkan nilai-nilai murni seperti berkongsi rezeki, keprihatinan, dan kebersamaan dalam membantu kebajikan pelajar UPNM. Semai di Dunia, Tuai di Akhirat.
 
Terima Kasih Pewakaf PPW !