MESYUARAT PENGANJURAN GOLF TABUNG PENDIDIKAN UPNM DENGAN KERJASAMA PUSAT PENGURUSAN WAKAF DAN KOPERASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA KUALA LUMPUR BERHAD (KUPENA)
Pusat Pengurusan Wakaf UPNM telah mengadakan Mesyuarat Penganjuran Golf Tabung Pendidikan UPNM dengan kerjasama Koperasi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Kuala Lumpur Berhad (KUPENA). Mesyuarat bertujuan untuk membincangkan persiapan dan perancangan yang teliti bagi memastikan kejohanan golf yang akan diadakan berjalan dengan lancar dan teratur. Antara perkara penting yang dibincangkan termasuklah pemilihan lokasi kejohanan, penetapan tarikh acara serta penyelarasan aspek teknikal seperti logistik dan penyediaan hadiah-hadiah untuk para pemenang. Kejohanan ini dijangka menjadi salah satu acara sosial yang penting untuk mengeratkan hubungan di antara Pusat Pengurusan Wakaf dan pihak KUPENA serta para tetamu.
Kesungguhan semua pihak dalam menjayakan kejohanan ini sangat dihargai. Ia dijangka menjadi satu acara bermakna dan berkesan serta meriah selain menjadi platform untuk beriadah dan beramal. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf UPNM, Prof. Dr. Sayuti bin Ab Ghani dan turut dihadiri oleh Pengerusi KUPENA, Dato' Dr. Abdul Rahman bin Abdul Razak Shaik serta wakil KUPENA yang terdiri daripada Kdr. Mohd Arif bin Ahmad, Prof. Madya Kapt. Ahmad Zaidi bin Sulaiman dan Kol. Dato' Sofian bin Kamaruddin.
MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KERJA WAKAF PUSAT PENGURUSAN WAKAF BIL. 3/2024
Pusat Pengurusan Wakaf UPNM telah mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Wakaf Pusat Pengurusan Wakaf Bil. 3/2024. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan perkara yang berkaitan dengan aktiviti Pusat Pengurusan Wakaf di samping memaklumkan akan perkembangan yang telah dijalankan oleh Pusat Pengurusan Wakaf setakat ini.
Dalam mesyuarat ini, turut diadakan sesi pembentangan daripada Pusat Kesihatan UPNM dan Pusat Pengajian Siswazah UPNM yang mana memerlukan bantuan berbentuk alatan pejabat bagi memudahkan urusan di pusat berkenaan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf UPNM, Prof. Dr. Sayuti bin Ab Ghani dan turut dihadiri oleh 7 orang ahli mesyuarat.