MESYUARAT KOORDINASI SEMINAR ANTARABANGSA WAKAF, ZAKAT DAN FILANTROPI DENGAN KERJASAMA UNIVERSITI ISLAM MELAKA (UNIMEL)

Pusat Pengurusan Wakaf UPNM telah mengadakan Mesyuarat Koordinasi Seminar Antarabangsa Wakaf, Zakat dan Filantropi (SAWZF) yang dijangka diadakan pada tahun hadapan. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan penganjuran seminar. Selain perbincangan mengenai program, turut disampaikan watikah pelantikan Ketua Urusetia Program yang disampaikan oleh pengerusi mesyuarat sebagai tanda amanah dan tanggungjawab yang diberikan bagi melancarkan program ini.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf UPNM, Prof. Dr. Sayuti bin Ab Ghani dan turut dihadiri oleh Ketua Urusetia AJK Program yang terdiri daripada 12 orang pakar dalam bidang masing-masing.

                

                

 

PROGRAM TABUNG HAJI GERAK/PERKHIDMATAN TABUNG HAJI (TH) DENGAN KERJASAMA PUSAT PENGURUSAN WAKAF UPNM

Pihak Lembaga Tabung Haji Malaysia (TH) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf UPNM telah mengadakan Program TH Gerak/Perkhidmatan Tabung Haji (TH). Program yang berlangsung selama 3 hari ini bermula 19 hingga 21 Ogos 2024 yang lalu telah mendapat sambutan yang baik dari warga UPNM. Tujuan utama program ini diadakan adalah bagi memberi peluang kepada staf dan pelajar UPNM untuk mendaftar akaun baharu Tabung Haji bagi mereka yang belum mempunyai akaun Tabung Haji serta mengemaskini status semasa akaun Tabung Haji mereka. Seramai 128 orang staf UPNM disasarkan bagi program ini dan alhamdulillah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari kalangan staf UPNM.

Pusat Pengurusan Wakaf UPNM mengucapkan terima kasih kepada pihak Tabung Haji Cawangan Wilayah Persekutuan di atas kesudian untuk menjayakan program ini serta staf dan pelajar UPNM yang sudi mengimarahkan program ini.