KUNJUNGAN HORMAT PUSAT PENGURUSAN WAKAF KE PUSAT WAKAF, ENDOWMEN, ZAKAT DAN SEDEKAH (WEZAS) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
Pusat Pengurusan Wakaf telah mengadakan sesi kunjungan hormat bagi perjumpaan bersama Pengarah Pusat Wakaf, Zakat dan Sedekah (WEZAS) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kunjungan hormat ini diadakan bagi membincangkan berkaitan pengurusan subseksyen 44(11D) Lembaga Hasil Dalam Negeri. Sesi kunjungan hormat ini diwakili oleh Encik Ahmad Sani bin Ismail (Penolong Pendaftar Kanan Pusat Pengurusan Wakaf), Puan Mazlina binti Muhd Zaid (Timbalan Bendahari UPNM) serta Encik Mohd Hisham bin Mohd Ayat (Penolong Bendahari Kanan UPNM).
KUNJUNGAN HORMAT PUSAT PENGURUSAN WAKAF KE MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)
Pusat Pengurusan Wakaf telah mengadakan sesi kunjungan hormat bagi perjumpaan bersama Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar. Sesi kunjungan hormat ini diadakan bagi membincangkan mengenai inisiatif yang boleh dikolaborasi bersama oleh pihak PPW dan MAIS yang akan memberi manfaat kepada pelajar-pelajar asnaf dan B40 UPNM khususnya di negeri Selangor. Sesi kunjungan hormat ini diwakili oleh Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Prof. Dr. Sayuti bin Ab Ghani serta Penolong Pendaftar Kanan Pusat Pengurusan Wakaf, Encik Ahmad Sani bin Ismail.