JELAJAH KUNJUNGAN HORMAT PUSAT PENGURUSAN WAKAF (PPW) KE FPJB UPNM

Pusat Pengurusan Wakaf akan mengadakan sesi jelajah kunjungan hormat ke FPJB yang terpilih sekitar UPNM. Matlamat utama sesi ini dibuat adalah untuk merapatkan lagi hubungan sesama FPJB disamping menerangkan fungsi Pusat Pengurusan Wakaf dan jenis bantuan yang dapat disalurkan oleh pihak Pusat Pengurusan Wakaf. Diminta FPJB yang dinyatakan untuk memaklumkan tarikh yang bersesuaian kepada Pusat Pengurusan Wakaf bagi mengadakan kunjungan hormat ini.

                            

 

PENGARAH PUSAT PENGURUSAN WAKAF DILANTIK MENJADI TIMBALAN PENGERUSI 1 MAJLIS WAKAF, ENDOWMEN, DAN ZAKAT (MAWEZ) UNIVERSITI AWAM

Seluruh warga Pusat Pengurusan Wakaf ingin mengucapkan tahniah kepada YBhg. Prof. Dr. Sayuti Ab Ghani di atas pelantikan sebagai Timbalan Pengerusi 1 Majlis Wakaf, Endowmen, dan Zakat (MAWEZ) Universiti Awam berkuatkuasa mulai April 2024. Semoga YBhg. Prof dapat melaksanakan tugas dengan amanah dan penuh dedikasi.