PROGRAM GEROBOK REZEKI KOMUNITI UNIVERSITI MAIWP-UPNM

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sekali lagi menerima penghantaran bantuan makanan dan keperluan kendiri menerusi Program Gerobok Rezeki Komuniti Universiti daripada MAIWP dengan kerjasama pihak Empire Project. Menerusi program ini, seramai 1800 orang pelajar UPNM akan menerima manfaat dari hasil kerjasama pihak Pusat Pengurusan Wakaf UPNM bersama MAIWP. Semoga penyumbang kepada Program Gerobok Rezeki ini dilimpahi pahala yang berlipat kali ganda oleh Allah SWT.

                         

                         

 

MESYUARAT KOORDINASI PROGRAM IQRA' TABUNG HAJI DENGAN KERJASAMA PUSAT PENGURUSAN WAKAF UPNM

Pusat Pengurusan Wakaf UPNM telah menerima kunjungan hormat dari Lembaga Tabung Haji (TH) bagi Mesyuarat Koordinasi Program IQRA'. Kunjungan hormat ini dilaksanakan bagi membincangkan perkara berkaitan aktiviti yang boleh dirancang bagi program ini. Program IQRA' ini diadakan dengan tujuan untuk membantu pelajar B40 serta pelajar asnaf UPNM bagi meringankan beban mereka sepanjang menuntut ilmu di universiti.

Selain perbincangan mengenai Program IQRA', Pusat Pengurusan Wakaf serta pihak Lembaga Tabung Haji (TH) juga ada menyatakan hasrat untuk berkerjasama bagi membuka peluang kepada staf dan pelajar UPNM untuk mendaftar akaun Tabung Haji secara percuma serta merancang untuk mengadakan program-program yang bermanfaat kepada universiti secara kolaborasi bersama. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf UPNM, Prof. Dr. Sayuti bin Ab Ghani dan turut dihadiri oleh Penolong Pendaftar Kanan Pusat Pengurusan Wakaf, Encik Ahmad Sani bin Ismail, wakil dari Pejabat Pendaftar UPNM dan Pejabat Bendahari UPNM serta 4 orang wakil dari Lembaga Tabung Haji.