PROGRAM RAHMAH RAMADHAN "JOM BALIK KAMPUNG" TAHUN 2024

Program ini adalah program pemberian bas percuma kepada pelajar-pelajar UPNM yang akan pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri serta pemberian duit raya. Program ini telah melibatkan kos sebanyak  RM 105,000.00 yang disumbangkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Seramai 480 orang pelajar menerima manfaat daripada program ini.