ALUAN PENGARAH

 

 

 

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT dilafazkan sebagai bukti terima kasih kepadaNYA di atas nikmat yang telah diberikan kepada kita semua. Penuh penghargaan kepada pihak Pengurusan UPNM di atas kepercayaan kepada saya dalam menerajui Pusat Pengurusan Wakaf UPNM(PPW).

PPW merupakan salah satu pusat yang ditubuhkan oleh UPNM dalam memberi perkhidmatan kepada pelajar dan kakitangan UPNM khususnya dalam mengurangkan bebanan kewangan dalam tempoh pengajian mereka di UPNM. Dalam mencapai misi dan visi PPW, pihak kami sentiasa merangka pelbagai strategi dalam mengumpul dana wakaf pendidikan sama ada menerusi kerjasama strategik yang melibatkan agensi kerajaan, korporat mahupun individu. Kesemuanya adalah untuk memastikan para pelajar yang mempunyai masalah kewangan mendapat bantuan agar mereka dapat meneruskan pengajian dalam keadaan yang lebih selesa dan sempurna.

Sejak akhir-akhir ini institusi wakaf berkembang pesat di negara ini. Masyarakat berlumba-lumba mewakafkan harta mereka sama ada berbentuk tunai mahupun berbentuk harta. Perkara ini kerana, masyarakat mulai sedar akan kepentingan ibadah wakaf yang mana buka semata-mata untuk memperoleh pahala berterusan malah ibadah wakaf mampu membina kekuatan ekonomi umat Islam. Lantaran itu, PPW adalah platform terbaik baik warga UPNM khususnya dan masyarakat Islam umumnya dalam membantu golongan-golongan yang memerlukan.

PPW adalah milik bersama bukannya milik individu atau sesiapa sahaja. Komitmen yang berterusan amat dialu-alukan daripada semua dalam membina kekuatan kewangan bagi menyalurkan sumbangkan perkhidmatan yang maksimum sebagaimana yang yang terkandung dalam visi dam misi pusat iaitu memungut dan mengagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang wakaf atau infak kepada PPW sama ada secara langsung mahupun tidak langsung., agar kalian mendapat kehidupan sama ada di dunia mahupun akhirat. Kerjasama, kepercayaan dan komitmen yang diberikan kepada PPW oleh semua memberi satu kekuatan kepada kami dalam menggalas amanah yang diberikan demi kelangsungan pengajian mahasiswa-mahasiswi dan kakitangan di UPNM. Semoga PPW terus berkembang dan sentiasa menyumbang bakti kepada mereka yang amat memerlukan.

Satu Sen Yang Diwakafkan Tidak Akan Mati Walaupun Kita Sudah Tiada

Salam ikhlas,

PROF. DR. SAYUTI AB GHANI

Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf UPNM