PROGRAM GEROBOK REZEKI KOMUNITI UNIVERSITI MAIWP-UPNM BULAN OKTOBER
Program Gerobok Rezeki Komuniti kembali ke UPNM. Hasil inisiatif dan kolaborasi strategik Pusat Pengurusan Wakaf UPNM dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) serta Empire Project, program sumbangan makanan dan peralatan kekemasan diri yang dibekalkan secara bulanan bagi sepanjang 2024 ini memberi manfaat buat sekurang-kurangnya 1800 orang pelajar UPNM bagi setiap penghantaran.
Aktiviti ini turut dibantu oleh staf Pusat Pengurusan Wakaf, sukarelawan pelajar serta sukarelawan Empire Project. Semoga penyumbang kepada gerobok rezeki dilimpahi pahala yang berlipat kali ganda daripada Allah s.w.t.
KUNJUNGAN HORMAT PUSAT PENGURUSAN WAKAF UPNM KE LEMBAGA TABUNG HAJI MALAYSIA (TH)
Pusat Pengurusan Wakaf UPNM telah mengadakan sesi kunjungan hormat bagi perjumpaan bersama Pengurus Kanan Bahagian Komunikasi Korporat Tabung Haji, Tuan Ekma Faroza bin Kamarudin. Sesi kunjungan hormat ini diadakan bagi membincangkan mengenai inisiatif yang boleh dikolaborasi bersama oleh pihak PPW dan TH yang akan memberi manfaat kepada pelajar-pelajar asnaf dan B40 di UPNM.
Selain itu, turut dibincangkan adalah mengenai Program IQRA' yang menjadi agenda utama kepada kunjungan hormat ke Tabung Haji kali ini. Antara yang dibincangkan adalah program yang akan dijalankan serta tadbir urus kemasukan dana Program IQRA ke Tabung Wakaf Pendidikan UPNM dan juga pihak yang diberikan amanah untuk menguruskan dana program.
Sesi kunjungan hormat ini diwakili oleh Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Prof. Dr. Sayuti bin Ab Ghani, Penolong Pendaftar Kanan Pusat Pengurusan Wakaf, Encik Ahmad Sani bin Ismail serta staf Pusat Pengurusan Wakaf, Encik Mohd Azuan bin Jamaludin.