
- Details
- Bil. Capaian: 25
28 APRIL 2025 | SABAH: Naib Canselor UPNM, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad telah menghadiri Mesyuarat JKNC/R UA Bil. 2/2025 yang berlangsung di UMS semalam.
Mesyuarat kali ini menumpukan kepada penambahbaikan struktur dan tadbir urus JKNCR agar lebih efisien serta mampu menyesuaikan diri dengan cabaran semasa sektor pendidikan tinggi.


![]() |
![]() |

- Details
- Bil. Capaian: 35
25 APRIL 2025 | UPNM: Hari ini UPNM telah menerima lawatan rasmi daripada delegasi Karary University, Sudan yang diketuai oleh Lt Gen Prof. Ahmed Abakr Yahya Mohamed, Rector University. Turut hadir bersama delegasi adalah Duta Besar Republik Sudan ke Malaysia, TYT Hassan Abdelsalam Omer.
Delegasi disambut oleh YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, Naib Canselor bersama barisan Pengurusan Tertinggi UPNM.
Lawatan bertujuan meneroka peluang kerjasama akademik dan penyelidikan terutamanya dalam bidang pertahanan dan keselamatan antara kedua-dua institusi.

![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

- Details
- Bil. Capaian: 1238
22 APRIL 2025 | KUALA LUMPUR: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sekali lagi memperolehi pengiktirafan secara rasmi sebagai salah sebuah universiti pilihan majikan 2025 berdasarkan Indeks Kebolehkerjaan Siswazah Nasional (Indeks GE) Talentbank 2025 (Penarafan 6 Bintang).
Anugerah “Employers’ Choice Award 2025” berkenaan disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud kepada YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, Naib Canselor UPNM dalam majlis penyampaian anugerah Employers’ Choice Award Talenbank 2025 yang berlangsung di EQ Kuala Lumpur hari ini.
Kejayaan ini selaras dengan pencapaian gemilang UPNM mengekalkan peratusan tertinggi Kadar Kebolehpasaran Graduan iaitu 99% dan Kadar Bekerja Graduan 99.1%. Pengiktirafan terhadap kebolehpasaran graduan UPNM membuktikan keberkesanan pendekatan pendidikan holistik yang merangkumi aspek akademik, kepimpinan, disiplin dan kemahiran insaniah, sekali gus mencerminkan keupayaan UPNM dalam menyumbang kepada pembangunan modal insan negara yang berkualiti dan berintegriti. Tahniah dan Syabas UPNM.


- Details
- Bil. Capaian: 737
23 APRIL 2025 | UPNM: Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Peringkat UPNM berlangsung dalam suasana penuh keceriaan di Dewan Zulfaqar, UPNM. Kehadiran hampir 3,000 orang tetamu terdiri daripada warga UPNM, wakil-wakil Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pertahanan, Universiti Awam, Lembaga Pengarah Universiti, rakan-rakan strategik industri dan akademik serta alumni. Suasana yang meriah ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim, tetapi juga mencerminkan semangat kebersamaan dan kegembiraan dalam menyambut Syawal bersama seluruh keluarga besar UPNM.
Turut sama menyantuni para jemputan ialah Naib Canselor UPNM, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad bersama barisan Pengurusan Tertinggi Universiti.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

- Details
- Bil. Capaian: 1139
21 APRIL 2025 | PUTRAJAYA: Naib Canselor UPNM, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad hadir memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KPT di perkarangan bangunan KPT hari ini.
Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir bersama barisan pengurusan tertinggi KPT turut menyambut dan beramah mesra dengan para tetamu yang hadir.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang meluangkan masa bersama warga KPT dalam suasana penuh mesra dan harmoni.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
More Articles ...
- Majlis Berbuka Puasa Perdana Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2025/1446H
- Majlis Penyerahan Geran Penyelidikan Menara Rezeki Sdn. Bhd. (MRSB) Kepada UPNM
- Disebalik Peristiwa Agung Menjadi Tajuk Utama Ceramah Khas Sambutan Israk Dan Mikraj Peringkat UPNM 1446H/2025M
- Naib Canselor UPNM Hadir Majlis Anugerah MRSA 2025: Pengiktirafan Kepada Penyelidik Cemerlang Dan Inisiatif Memperkasa Ketampakan Ilmuwan Malaysia