AUDIT DALAM MS ISO 9001:2015
PENGENALAN
Audit Dalam adalah satu proses yang sistematik, dilaksanakan secara bebas oleh personel berkecuali dan keputusan didokumenkan untuk mendapatkan bukti audit dari pelbagai sumber, rujukan silang dan menilai secara objektif untuk menentukan sejauh mana kriteria audit dipenuhi sebagaimana didokumenkan.
KEPENTINGAN KEPADA ORGANISASI
- Keperluan standard MS ISO 9001:2015 (Klausa 9.2).
- Audit ini ‘memberitahu’ pihak pengurusan samada polisi (dasar) organisasi ditepati, sistem adalah berkesan dan lancar atau memerlukan perubahan.
- Sebagai input kepada pihak pengurusan untuk menentukan kekuatan dan kelemahan organisasi.
- Ia boleh menjalin hubungan atau komunikasi dalam organisasi dan sebagai penggerak yang hebat.
- Untuk mencari ruang-ruang peningkatan kualiti.
KLAUSA 9.2
9.2.1 Organisasi hendaklah menjalankan audit dalalam secara berkala bagi menyediakan maklumat bahawa sistem pengurusan kualiti sama ada atau tidak;
a) akur terhadap:
1) Keperluan SPK itu sendiri;
2) Keperluan Standard Antarabangsa ini;
3) Akta dan peraturan
b) Dilaksanakan dan diselenggarakan secara berkesan.
9.2.2 Organisasi hendaklah:
a) merancang, mewujudkan, melaksanakan dan menyelenggara program audit, termasuk kekerapan, kaedah, tanggungjawab, keperluan perancangan dan pelaporan, yang hendaklah mengambil kira kepentingan proses berkenaan, perubahan yang memberi kesan kepada organisasi, dan keputusan audit terdahulu;
b) menentukan kriteria audit dan skop bagi setiap audit;
c) memilih juruaudit dan menjalankan audit bagi memastikan keobjektifan dan kesaksamaan proses audit;
d) memastikan bahawa keputusan audit dilaporkan kepada pihak pengurusan yang relevan;
e) membuat pembetulan dan mengambil tindakan pembetulan yang sesuai, tanpa kelengahan yang wajar;
f) mengekalkan maklumat didokumentasikan sebagai bukti pelaksanaan program audit dan keputusan audit.