Mewujudkan sebuah pusat yang bertanggungjawab sebagai One-stop Center bagi melaksanakan hal berkaitan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001, pengumpulan data berteraskan amalan kerja yang baik bagi menyumbang kepada pemantapan kualiti di Fakulti/ Jabatan/ Pusat/ Bahagian di UPNM.

 

Peranan BJKPD yang sedia ada adalah lebih bertumpu kepada pemantauan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berpandukan kepada skop piawaian MS ISO 9001. Dengan adanya perjawatan tetap dalam pusat ini, peranan pusat ini akan diperluaskan lagi untuk melaksanakan pemantauan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang mematuhi piawaian, pensijilan dan pengiktirafan badan-badan ikhtisas dan antarabangsa yang lain seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), LRQA dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), SIRIM, LRQA dan pihak Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Hal ini selaras dengan peranan UPNM itu sendiri yang berteraskan kecemerlangan akademik dan ilmu ketenteraan.