Pengenalan

Penarafan Bintang Pengurusan Kualiti (Quality Management Star Rating -QMSR) adalah initiatif organisasi untuk memberi pengiktirafan kepada FPJB yang sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengurusan. Pengiktirafan ini juga adalah salah satu strategi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk memperoleh markah dalam komponen Internal Quality Management System bagi Penarafan SETARA yang akan datang.

Menerusi QMSR ini, UPNM akan mengiktiraf secara dalaman pengurusan kualiti di Fakulti/ Pusat/ Jabatan/ Bahagian (FPJB) dengan memberi penarafan secara merit bintang. Penarafan bintang ini akan memacu perkembangan yang baik secara dalaman bagi mengekalkan sistem pengurusan kualiti yang sedia ada. Penarafan ini juga akan digunakan oleh pihak pengurusan sebagai medium untuk memantau perkembangan dan kepatuhan FPJB secara menyeluruh sehingga ke akar umbi.

QMSR diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Jaminan Kualiti Bil.1/2023, Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) Bil.2/2023, Mesyuarat Eksekutif Naib Canselor Bil.3/ 2023 dan Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil.4/ 2023.

 

Model Indeks QMSR

Indeks penarafan QMSR digarap dengan mengadaptasi model Indeks Penarafan Bintang Sektor Awam (SSR). Model ini disesuaikan dengan element Pengurusan Kualiti di UPNM dan berasaskan piawaian pensijilan ISO 9001:2015. Penggabungan ini bagi memastikan pelaksanaan pengurusan kualiti adalah menyeluruh dan dapat mencapai objektif secara holistik.

 

 

Pelaksanaan QMSR

Bermula pada tahun 2024, QMSR dilaksanakan dalam dua fasa iaitu peringkat Pembuktian QMSR oleh FPJB diadakan pada 15 Januari hingga 15 Februari 2024. Manakala peringkat Sesi Penilaian QMSR telah dilaksanakan pada 15 hingga 29 Februari 2024 oleh Jawatankuasa Panel Penilai QMSR yang dilantik. Sebanyak 50 FPJB terlibat melalui 22 FPJB Induk. Taklimat pelaksanaan telah diadakan dalam dua bentuk iaitu secara fizikal kepada semua FPJB dan secara dalam talian kepada FPJB sasaran mengikut permintaan. Penilaian adalah berdasarkan julat pemarkahan di bawah:


Julat Pemarkahan QMSR

 

 

Keputusan QMSR

Keputusan penarafan telah diperakukan oleh YBhg. Naib Canselor berdasarkan Laporan Keputusan QMSR oleh Mesyuarat Jawatankuasa Panel Penilai Penarafan Bintang Pengurusan Kualiti (Quality Management Star Rating -QMSR) Bil.2/2024 pada 01 Mac 2024. 

Pengiktirafan  QMSR

Pengumuman keputusan dan pengiktirafan QMSR pertama telah dilaksanakan sempena Hari Inovasi dan Majlis Anugerah (HIMA) 2024 yang diadakan pada 14 Mei 2024 bertempat di Dewan Zulfaqar, UPNM. Secara keseluruhan sebanyak lima (5) FPJB telah berjaya memperolehi keputusan penarafan LIMA bintang, empat (4) FPJB memperolehi EMPAT bintang, tujuh (7) FPJB memperolehi TIGA bintang, tiga (3) FPJB memperolehi DUA bintang, dua (2) FPJB memperolehi SATU bintang dan satu FPJB memperolehi penarafan MERIT. Semua FPJB menerima sijil pengiktirafan dan penarafan utama QMSR tahun 2024 diberikan kepada Pusat Asasi Pertahanan (PAP) dan menerima piala pusingan.