26 November 2024 | UPNM - Seksyen Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan, Pusat Kaunseling Kerjaya dan Alumni JHEPA UPNM dengan kerjasama Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ) telah berjaya menganjurkan Program On Campus Interview @UPNM Series III 2024 sempena hari pengambilan jubah konvo.
Program yang berlangsung di Dewan Pendekar ini menyediakan peluang kepada pelajar tahun akhir dan graduan UPNM untuk menghadiri sesi temuduga dengan majikan daripada pelbagai sektor industri. Lebih daripada 500 kekosongan jawatan ditawarkan dan latihan industri, memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh pekerjaan.
Di samping itu, program yang digerakkan oleh Sekretariat Kebolehpasaran Graduan dan Kerjaya (G.E Avengers) ini turut membantu dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan UPNM (Graduate Employability).
Sesi Penyampaian Cenderamata Penghargaan kepada Rakan Industri telah disampaikan oleh Prof. Madya Kapt Ahmad Zaidi Bin Sulaiman (B), Pengarah Kanan JHEPA bersama Encik Sharizan Bin Samad, Pengarah Pusat Kaunseling Kerjaya dan Alumni dibantu oleh Saudara Muhammad Nurhaniff Bin Abdull Hamid, Pelajar Tahun 1, Fakulti Pengajian & Pengurusan Pertahanan selaku Pengarah Program.