27 November 2024 | Putrajaya - YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM telah melancarkan acara explorace bagi program Meet and Greet with International Students in Malaysia (MAGNET). Program anjuran Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Putrajaya Festival of Ideas telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi di Taman Botani Putrajaya pada petang semalam.
 
Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan antara pelajar antarabangsa di Malaysia serta memupuk persefahaman budaya dan mengeratkan silaturahim antara mereka dan komuniti tempatan. Para peserta juga berpeluang mempelajari budaya negara masing-masing dan berinteraksi dalam suasana yang pelbagai budaya.
 

Sebanyak 20 booth negara telah mempamerkan warisan budaya dan keunikan negara peserta, disamping aktiviti menarik seperti explorace, boling kelapa, sepak raga bulatan, dan pertandingan karaoke lagu-lagu tradisional Melayu yang bertujuan merapatkan hubungan antara peserta dan masyarakat Malaysia.
 
Senarai pemenang yang menyertai pertandingan adalah seperti berikut:
- Sepak raga tempat pertama: BRUDO (USIM)
- Sepak raga tempat kedua: FALCON (UTEM)
- Sepak raga tempat ketiga: PHOENIX (UM)
- Boling kelapa tempat pertama: PHOENIX (UM)
- Boling kelapa tempat kedua:TOP G's (UIA)
- Boling kelapa tempat ketiga: SOLO GUY (UiTM)
- Karaoke lagu tradisional Melayu tempat pertama: Pynam Quinsley Ryan (Universiti Sunway)
- Karaoke lagu tradisional Melayu tempat kedua: Yee Mon Oo (Universiti Sunway)
- Karaoke lagu tradisional Melayu tempat ketiga: May Myat Noe Chit (Universiti Sunway)
- Country Booth terbaik tempat pertama: UPSI - Uzbekistan
- Country Booth terbaik tempat kedua: UUM - Iraq
- Country Booth terbaik tempat ketiga: UTM - Egypt
- Explorace tempat pertama: Tim 76 (UPNM)
- Explorace tempat kedua: Tim 72 (UPNM)
- Explorace tempat ketiga: Tim 94 (UTEM)
 

Tahniah kepada semua pemenang dan peserta yang menyertai dalam semua acara yang dipertandingkan. Semoga program ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pelajar antarabangsa di Malaysia.