15 APRIL 2026 | PUTRAJAYA: Dalam lanskap keselamatan yang semakin kompleks, pemahaman terhadap perubahan karakter peperangan menjadi semakin kritikal.
 
Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, tampil sebagai eminent speaker di National Resilience College (NRC), menyampaikan perkongsian kepada peserta Kursus Ketahanan Nasional mengenai topik “The Changing Character of Warfare in the Digital Age.”
 
Kursus Ketahanan Nasional ini merupakan program kerjasama strategik antara UPNM dan Kementerian Pertahanan (MINDEF), dengan pengisian oleh Naib Canselor sebagai sebahagian daripada modul kursus dalam memperkukuh pemikiran strategik peringkat nasional.
 
 
   
   
   
   
 
Dalam sesi tersebut, beliau menekankan bahawa peperangan masa kini melangkaui dimensi fizikal, merangkumi domain digital, maklumat dan keupayaan strategik yang menuntut kepimpinan lebih adaptif dan berwawasan.
 
Perkongsian ini bukan sekadar wacana, tetapi sebahagian daripada usaha berterusan membina pemimpin yang mampu memahami perubahan dan bertindak dalam persekitaran keselamatan yang sentiasa berkembang.
 
UPNM terus memainkan peranan sebagai institusi pertahanan yang bukan sahaja melahirkan pemimpin masa hadapan, tetapi turut menyumbang secara langsung dalam membentuk pemikiran strategik negara.