06 November 2024 | UPNM – Bersempena dengan sambutan Hari Integriti, Kualiti dan Undang-Undang Peringkat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Tahun 2024 (IQLUPNM 2024), Bahagian Undang-Undang, Unit Integriti dan Bahagian Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (BJKPD) telah menganjurkan sesi Bicara Undang-Undang: “Pengurusan Harta & Pusaka, Wasiat & Hibah Dari Perspektif Undang-Undang”. Sesi Bicara Undang-Undang tersebut telah disampaikan oleh En. Muhammad Hafiz bin Hood dan En. Yusfa Hanis bin Yusoff, yang merupakan Peguambela dan Peguamcara. Peserta program terdiri daripada staf dan pelajar serta disaksikan juga oleh peserta daripada Universiti Awam yang lain menerusi lama sosial rasmi UPNM.
 
 
 
Objektif penganjuran Bicara Undang-Undang mengenai pengurusan harta pusaka, wasiat, dan hibah adalah untuk:
(i) Memberikan pemahaman kepada peserta tentang pentingnya pengurusan harta pusaka, wasiat, dan hibah yang teratur bagi mengelakkan pertelingkahan keluarga dan isu perebutan harta selepas kematian.
(ii) Menggalakkan sikap amanah dan integriti dalam menguruskan harta, serta kesedaran mengenai tanggungjawab moral dan agama dalam memastikan harta diagihkan dengan adil.
(iii) Memberi Pendedahan Undang-Undang dan Prosedur dalam membantu peserta memahami proses perundangan berkaitan harta pusaka, termasuk prosedur yang sah untuk menyediakan wasiat dan hibah menurut undang-undang syariah dan sivil.
(iv) Mendorong peserta merancang agihan harta lebih awal melalui wasiat dan hibah sebagai langkah mengurangkan konflik di masa hadapan.
(v) Memberikan maklumat tentang peranan institusi seperti Mahkamah Syariah, Pejabat Tanah, dan Amanah Raya, serta bagaimana peserta boleh mendapatkan bantuan dalam pengurusan harta pusaka.
 
Secara keseluruhan, Bicara Undang-Undang ini bertujuan memupuk kefahaman yang mendalam dan memastikan pengurusan harta pusaka dilakukan secara berintegriti, adil, dan menurut undang-undang.