- Details
- Bil. Capaian: 913
29 Jul 2024 - Perbincangan dan perkongsian pengalaman dalam menguruskan peruntukan yang dikhaskan untuk Kursi Sheikh Zayed Al-Nahyan tajaan Kerajaan United Arab Emirates telah diadakan di ISIS. Delegasi UPNM telah diketuai oleh Prof. Ts. Dr. Hj Azizi bin Hj Miskon, TNC PI. Mej. Jen. Dato’ Dr. Kwong Fook Wen (Bersara), PNC JIPK dan Dato’ Dr. Junaidah binti Kamaruddin, Fellow Utama UPNM serta Prof. Dr. Adam Leong Kok Wey, Pengarah CDISS turut hadir. Manakala,Prof. Datuk Dr.Mohd Faiz bin Abdullah, Pengerusi ISIS mengetuai perbincangan tersebut bagi pihak ISIS. Turut hadir Pn. Sohana Enver Azyze, Pengarah Kanan (Pentadbiran), Deda Ridzwan, Pengarah Perhubungan Awam, Pembangunan dan Perhubungan Korporat serta En. Harris bin Zainul, Penolong Pengarah (Penyelidik).
- Details
- Bil. Capaian: 967
2 Julai 2024 - Perbincangan jaringan industri bagi peluang pekerjaan dalam industri rel, latihan industri, pembangunan penyelidikan dan Program Kolaborasi Industri antara UPNM dan Encik Hasry Harun, CEO Malaysia Rail Development Corporation (MRDC)
- Details
- Bil. Capaian: 961
26 Jun 2024 - Satu perbincangan telah diadakan antara UPNM dan Destini Bhd. bertempat di Bangunan Destini, Shah Alam. UPNM diketuai oleh Mej. Jen. Dato’ Dr. Dr Kwong Fook Wen (Bersara), PNC JIPK disertai oleh Kol. Prof. Dr. Khairol Amali bin Ahmad (Bersara), PNC PI dan Datuk Kabol bin Surat, Pengarah Eksekutif Destini disertai oleh Mohamad Nizar bin Hj Bakar, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Destini. Perbincangan ini berkisar mengenai membangunkan Energy Management System untuk Electric Power Unit (EPU) dan Diesel Power Unit (DPU).
- Details
- Bil. Capaian: 56
28 Jun 2024 - Perbincangan jaringan industri antara Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Datuk Arsad Abd Salam CEO Weststar Defence Industries – The Weststar Group telah berlangsung pada 28 Jun 2024 (Jumaat) bertempat di Weststar Defence Industries. Antara intipati perbincangan ini adalah bagi memperkuat hubungan kerjasama, menggalakkan inovasi dan kreativiti, meningkatkan keberkesanan operasi, mengatasi cabaran pemain industri dan membina kapasiti dan kompetensi antara dua organisasi.
- Details
- Bil. Capaian: 3543
*Tekan gambar untuk lihat lebih jelas
*Tekan gambar untuk lihat lebih jelas