LAWATAN BALAS UPNM KE CHULACHOMKLAO ROYAL MILITARY ACADEMY (CRMA) ROYAL THAI ARMY 2025
Tarikh: 18 - 22 Ogos 2025
Tempat: Pusat Latihan & Kepimpinan UPNM, Kem Kongkoi, Jelebu, Negeri Sembilan
Program lawatan balas Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ke Chulachomklao Royal Military Academy (CRMA), Thailand melibatkan penyertaan tiga (3) orang Kadet, dua (2) orang wakil PALAPES serta dua (2) orang Pegawai Pengiring daripada CLPD dan ALK. Lawatan ini merupakan kesinambungan hubungan dua hala yang terjalin antara kedua-dua institusi ketenteraan. Ia bertujuan memperkukuh kerjasama, menggalakkan pertukaran budaya serta meningkatkan pembangunan kepimpinan. Delegasi UPNM ini diketuai oleh Ustaz Mohammad Ammar Farhan bin Ramlan, Penyelaras CLPD