PPUB yang sekarang dikenali sebagai PB ditubuhkan pada sesi akademik 2008/2009 dalam usaha untuk memantapkan organisasi dan pentadbiran universiti. Jumlah tenaga akademik adalah seramai 40 orang dan staf pengurusan dan sokongan seramai 7 orang.

Pengalaman pengajaran dan pembelajaran di universiti adalah secara bersemuka di dalam bilik kuliah atau tutorial. Kursus bahasa disokong oleh satu makmal pandang dengar serta tiga makmal multimedia dan bahasa yang dilengkapi dengan papan pintar, TV LCD, projektor, alat bantuan mendengar dan Tell Me More sebagai software pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. Dua makmal multimedia dan bahasa terletak di Bangunan Jauhari dan yang selebihnya berada di Aras 2, Bangunan Bestari.

 

Makmal di Bangunan Bestari

 

Bilik kuliah guna sama yang terletak di Tingkat 2, 3, 9 dan 10

 

Bilik Kuliah bagi Program Jangka Pendek Bahasa Perancis terletak di Tingkat 9, Bangunan Bestari. Bilik Kuliah ini dikawal selia sepenuhnya oleh PB dan boleh menempatkan 18 orang pelajar. Pada masa ini bilik ini digunakan sepenuh masa oleh Pegawai Angkatan Tentera Malaysia yang mengikuti Kursus Intensif Bahasa Perancis di UPNM

 

Makmal di Bangunan Jauhari