Alhamdulillahirabbilalamin. Puji syukur kita aturkan kepada tuhan semesta alam. Allahumma Solli Ala Muhammad Waala ali Muhammad. Solawat dan Salam kita tujukan kepada nabi besar kita Saidina Muhammad Saw.

Saya ingin mengucapkan selamat berkenalan dan selamat datang ke Portal NADIMASA. Adalah menjadi impian utama NADIMASA ingin menyatu padukan pensyarah di UPNM. Kami beriktizam semoga kami menjadi jurucakap bagi membantu universiti dalam menyediakan dasar-dasar pembangunan UPNM terutama berkaitan kenaikan pangkat, pengesahan jawatan akademik, beban tugas akademik (BTA), Skim perkhidmatan pensyarah, laluan kenaikan pangkat, dan semua hal berkaitan kualiti akademik.

Kami yakin dengan semangat akademik NADIMASA dapat menjadi wadah perkongsian dan laluan idea-idea bernas kearah kesejahteraan Ahli Akademik dan Halatuju Universiti.

 

Visi

Berperanan memperkasa staf akademik melalui kerjasama professional dan berintegriti berkonsepkan rakan kongsi bestari dengan pengurusan universiti dalam mencapai Visi dan Misi UPNM.

Misi

  • Menyediakan akses yang meluas bagi memantapkan perhubungan staf akademik dan pihak pengurusan UPNM.
  • Membantu membangunkan staf akademik yang mampu menjulang kewibawaan universiti.
  • Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan

 

NADIMASA bertunjangkan matlamat berikut


Silaturrahim

Untuk menjaga dan mempertingkatkan kepentingan, kebajikan dan perhubungan silaturrahim ahli-ahli Akademik UPNM dalam suatu pertubuhan berdaftar.

Jaringan

Untuk bekerjasama dan menyelaraskan pelbagai usaha dengan universiti, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Persatuan pegawai akademik IPTA lain dalam hal berkaitan dengan penambahbaikan skim mutu perkhidmatan serta pengekalan pengajaran dan pendidikan di negara ini.

Promosi

Sebagai perantara dalam mempromosikan aktiviti kebudayaan dan sosial untuk memberi manfaat kepada ahli Akademik UPNM.

Komunikasi

Untuk menyediakan platfom untuk Ahli akademik berkomunikasi dan pertukaran pendapat antara Pengurusan tertinggi Universiti dalam kecemerlangan Akademik.

Sebaran

Untuk menyebarluaskan pendapat bermaklumat tentang pelbagai aspek kepentingan akademik melalui penerbitan, seminar, dan sebagainya dengan syarat mendapat kelulusan Universiti dan Kementerian.

 

Semoga dengan semangat dan kesepakatan akademik di bawah payung NADIMASA. Semua ahli akademik bergerak bersama berjaya dan gemilang seiring dengan pencapaian cemerlang UPNM.

 

Sekian Terima Kasih

Prof Dr Aidy bin Ali

KEWAJIPAN MARUAH INTEGRITI

“Akademik Pasak Universiti”