16 - 17 Julai 2022 (Sabtu - Ahad) - Kesatuan Kakitangan Sokongan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (KESUPNA) telah menghadiri Mesyuarat Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM) bertempat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Mesyuarat GAKUM tersebut di hadiri oleh Majlis Jawatankuasa Tertinggi KESUPNA terdiri daripada Presiden, Setiausaha, Penolong Bendahari dan dua (2) AJK.

Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Razli Che Razak, Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan. Ahli mesyuarat GAKUM terdiri daripada 20 Kesatuan Universiti Awam (UA) Malaysia. Turut hadir mesyuarat Tuan Haji Zulkifli bin Mohamad merangkap Presiden GAKUM bagi Penggal 2020-2023.