• 3 Jun 2010

Mesyuarat Penubuhan Kesatuan Kakitangan Sokongan UPNM (KESUPNA) yang pertama bertempat di BK02.R.01 Bangunan Bestari, UPNM.

 

  • 3 Ogos 2010

Pendaftaran secara rasmi dibawah Jabatan Hal Ehwal kesatuan Sekerja (JHEKS) mengikut Akta Kesatuan Sekerja 1959 dengan Nombor Pendaftaran: 1054.

 

  • 28 Disember 2010

KESUPNA telah bergabung dengan Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti/IPTA Malaysia (GAKUM)

 

  • 18 Januari 2011

Mesyuarat Agung Tiga Tahunan Penggal 2011-2014 dirasmikan oleh Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Dato’ Wira Allatif bin Mohd Noor, Naib Canselor UPNM bertempat di Dewan Pendekar UPNM. Turut hadir Datuk Omar bin Osman, Presiden CUEPACS.

 

  • 3 September 2014

Mesyuarat Agung Tiga Tahunan Penggal 2014-2017 dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj. Zulkifli bin Hj. Zainal Abidin, Naib Canselor UPNM bertempat di Dewan Bestari UPNM. Turut hadir Tuan Haji Mohd. Zailani bin Abd. Razak Presiden GAKUM merangkap Presiden Kesatuan Kakitangan Am UPM

 

  • 15 Ogos 2017

Mesyuarat Agung Tiga Tahunan Penggal 2017-2020 dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj. Zulkifli bin Hj. Zainal Abidin, Naib Canselor UPNM bertempat di Dewan Bestari UPNM. Turut hadir Tuan Haji Zulkifi bin Mohamad Presiden GAKUM merangkap Presiden Kesatuan Kakitangan Am UiTM.