1 Mac 2022 (Selasa) - Wakil Majlis Jawatankuasa KESUPNA telah menziarahi bonda kepada Penolong Bendahari KESUPNA, Encik Mohd Jumaidi bin Seli @ Rosly, staf  Pejabat Bendahari. Beliau sedang cuti tanpa gaji kerana menjaga bonda yang sedang uzur.

 

 

28 Februari 2022 (Isnin) - Wakil Majlis Jawatankuasa KESUPNA berkesempatan menziarahi dua orang ahli KESUPNA iaitu Puan Roslina binti Abdul Rahman, staf di Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan serta Encik Muhamad bin Md. Isa, staf Bahagian Kenderaan di kediaman masing-masing. Pihak KESUPNA mendoakan kesejahteraan kesihatan dan semoga kedua-duanya diberi kesihatan yang baik.