
- Details
- Bil. Capaian: 19
8 MEI 2025 | UPNM: Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) - UPNM Siri ke-14 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Senat telah dipengerusikan bersama oleh YBhg. Mej Jen Dato’ Dr. Kwong Fook Wen (Bersara), Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat), UPNM dan YBhg. Mej Jen Dato’ Indera Zahari bin Mohd Ariffin, Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan, ATM.
Sebelum mesyuarat berlangsung, YBhg. Mej Jen Dato’ Indera Zahari telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Naib Canselor UPNM, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad. Dalam pertemuan ringkas tersebut, kedua-dua pihak menekankan kepentingan kesinambungan kerjasama strategik UPNM - ATM.
![]() |
![]() |
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Naib Canselor UPNM, yang menekankan komitmen universiti dalam memperkukuh peranan sebagai pusat kecemerlangan ilmu pertahanan dan keselamatan. Beliau turut menyambut baik usaha ATM dalam memperkukuh jaringan kerjasama yang sedia terjalin dan menyeru agar lebih banyak inisiatif bersama dilaksanakan.
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bersama ini menjadi platform penting yang berperanan sebagai jambatan strategik dalam memperkukuh hubungan dua hala antara UPNM dan ATM. Ia memberi fokus kepada pembangunan kerjasama dalam pelbagai aspek, termasuk jaringan industri, penyelidikan, latihan pertahanan, dan pembangunan modal insan dalam konteks keselamatan dan pertahanan negara.
Kerjasama erat ini turut menyokong misi UPNM sebagai institusi pendidikan tinggi bertunjangkan pertahanan yang unik di Malaysia, serta memperkukuh peranan ATM dalam pembangunan sumber manusia yang kompeten dan berdaya saing dalam sektor ketenteraan dan keselamatan negara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

- Details
- Bil. Capaian: 978
7 MEI 2025 | UPNM: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menerima kunjungan daripada delegasi Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) yang diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Norazharuddin Shah binti Abdullah, Timbalan Pengarah, Pusat Pengurusan Bakat. Delegasi AKEPT kemudiannya mengadakan kunjungan hormat kepada Naib Canselor, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad.

![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Sesi Libat Urus AKEPT - UPNM ini merupakan inisiatif Pejabat Pendaftar telah memberi nilai tambah yang besar melalui perkongsian maklumat dan strategi pelaksanaan program pembangunan kepimpinan yang mampan.
Semoga sinergi dua hala ini menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh pembangunan bakat dan kepimpinan pendidikan tinggi secara menyeluruh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

- Details
- Bil. Capaian: 1767
29 APRIL 2025 | SABAH: Naib Canselor UPNM, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad telah menghadiri Program Wacana Minda: Reformasi Model Pembiayaan Institusi Pengajian Tinggi Awam di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu hari ini. Program anjuran UMS dengan kerjasama KPT, Institute for Development Studies (IDS) Sabah dan Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) ini dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Wacana ini diadakan dalam usaha merangka penyelesaian strategik dan mampan bagi pembiayaan IPTA di Malaysia.
Turut hadir bersama Naib Canselor adalah Encik Md. Taufiq bin Md. Ralip, Ahli LPU, TNC (HEPA), Pendaftar dan Bendahari UPNM.


![]() |
![]() |

- Details
- Bil. Capaian: 1090
5 MEI 2025 | UPNM: Pejabat Pendaftar telah menganjurkan Majlis Bacaan Doa Selamat bagi meraikan dan mendoakan perjalanan 9 orang staf UPNM yang akan menunaikan ibadah Haji. Majlis penuh keberkatan ini diadakan bersama Pengurusan Tertinggi Universiti dan bacaan doa selamat dipimpin oleh YBrs. Dr. Redwan bin Yasin, Pengarah Pusat Islam, bertempat di Executive Lounge.
Semoga segala urusan kesemua staf UPNM yang bakal menunaikan ibadah Haji dipermudahkan dan kembali dengan haji yang mabrur, serta diterima segala amal serta perjalanan ibadah diterima oleh Allah S.W.T.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

- Details
- Bil. Capaian: 2365
28 APRIL 2025 | SABAH: Naib Canselor UPNM, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad telah menghadiri Mesyuarat JKNC/R UA Bil. 2/2025 yang berlangsung di UMS semalam.
Mesyuarat kali ini menumpukan kepada penambahbaikan struktur dan tadbir urus JKNCR agar lebih efisien serta mampu menyesuaikan diri dengan cabaran semasa sektor pendidikan tinggi.


![]() |
![]() |