18 Mei 2022 (Khamis) – Bangunan Jauhari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang tersergam indah dilengkapi dengan fasiliti yang lengkap dengan kemudahan berteknologi tinggi telah disempurnakan perasmiannya oleh YBhg Tan Sri (Dr) Syed Azman bin Syed Ibrahim, Pengerusi Lembaga Pengarah UPNM. Ketibaan beliau telah disambut oleh YBhg Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM diiringi barisan pegawai-pegawai kanan dan para pelajar UPNM.

 

 

Pembinaan Bangunan Jauhari telah bermula pada 9 Januari 2018 dan ianya diserahkan secara rasmi oleh Jabatan Kerja Raya pada 5 Februari 2021. Bangunan ini mempunyai mempunyai 25 bilik kuliah, 2 makmal kimia dan fizik, 2 makmal bahasa serta 2 bilik rehat pensyarah.
 
Di dalam ucapan perasmian, YBhg Pengerusi LPU menyatakan “UPNM amat komited dalam menyediakan persekitaran yang selesa, sebagai katalis dalam memastikan kesinambungan ekosistem serta budaya keilmuan yang jitu”.
 
 
 
Usai majlis perasmian, YBhg Pengerusi LPU dibawa melawat ke makmal fizik, makmal kimia, makmal bahasa dan bilik kuliah untuk melihat sendiri kecanggihan pelaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran Alaf Ke-21. Beliau sempat meluangkan masa di galeri pameran yang menunjukkan hasil penyelidikan dan inovasi para mahasiswa.
 
Turut menyerikan majlis perasmian termasuklah Pengurusan Tertinggi UPNM, Pegawai-pegawai Kanan UPNM, Majlis Perwakilan Pelajar, staf dan pelajar UPNM.
 
 
 
*Lihat Video Pendek Disini: https://youtu.be/XylTOrvZZVU