PENGENALAN
Bahagian Kenderaan komited untuk memenuhi keperluan penggunaan kenderaan yang melibatkan aktiviti pelajar dan staff untuk pembangunan universiti selaras dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

 

OBJEKTIF

Merancang, mengurus dan melaksanakan perkhidmatan kenderaan universiti supaya sentiasa berjalan lancar dan teratur;

  • Jadual Perjalanan Kenderaan.
  • Penyelenggaraan Kenderaan secara Berkala.
  • Memproses pembayaran bil penyelenggaraan, Kad minyak dan kad touch n go.
  • Menguruskan permohonan tempahan kenderaan untuk staf dan juga aktiviti pelajar samaada untuk tujuan akademik atau bukan akademik.
  • Urusan pembekalan kereta rasmi jawatan kepada Pegawai Kanan Universiti.


 

PIAGAM PELANGGAN

  • Memastikan semua aktiviti-aktiviti rasmi UPNM berjalan lancar.
  • Memastikan pelanggan selamat sampai ke destinasi dalam masa yang ditetapkan dengan kadar yang selesa.
  • Memastikan kenderaan selamat digunakan pada setiap masa.
  • Memastikan setiap aduan pelanggan yang diterima diambil tindakan atau diberi maklum balas dalam tempoh 24 jam.
  • Memproses permohonan yang lengkap dan memaklumkan status permohonan dalam tempoh sehari (1) sebelum perjalanan.