LATAR BELAKANG

Pengurusan Lembaga Pengarah diuruskan oleh Bahagian Governan, Pejabat Pendaftar yang dipertanggungjawabkan oleh Universiti sebagai keurusetiaan/pengurusan Lembaga Pengarah Universiti (LPU).

LPU merupakan jawatankuasa yang tertinggi dalam pengurusan universiti awam. LPU diberi kuasa untuk melaksanakan hal ehwal berkaitan universiti bagi mentadbir, mengelola dan mengawal universiti. Ia mempunyai kuasa membuat keputusan berkaitan tindakan strategik terhadap dasar dan hala tuju dalam usaha mencapai matlamat yang sejajar dengan agenda pengajian tinggi Negara.