Fungsi Unit Cuti Belajar

  1. Memastikan Garis Panduan Menghadiri Persidangan Staf Akademik, Garis Panduan Cuti Belajar, Garis Panduan Cuti Pasca Doktoral dan Sub Kepakaran, Garis Panduan Cuti Sabatikal dan pekeliling-pekeliling berkaitan cuti belajar dipatuhi.
  2. Menjadi urus setia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Cuti Belajar Universiti dan memastikan mesyuarat diadakan empat (4) kali setahun/mengikut keperluan.
  3. Menjadi urus setia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Jawatankuasa Universiti dan memastikan mesyuarat diadakan enam (6) kali setahun/mengikut keperluan.
  4. Menyediakan unjuran Cuti Belajar/Cuti Pasca Doktoral dan Sub Kepakaran/Cuti Sabatikal tahunan UPNM.
  5. Membentangkan unjuran yang telah diberi/diterima daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan mengedarkan unjuran yang telah diberikan oleh KPM kepada fakulti/pusat untuk perancangan cuti belajar.
  6. Memproses permohonan Cuti Belajar/Cuti Pasca Doktoral dan Sub Kepakaran/Cuti Sabatikal staf yang telah disokong oleh fakulti/pusat untuk pengesahan dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Cuti Belajar Universiti.
  7. Menyediakan perjanjian dan memastikan perjanjian dilengkapkan oleh staf sebelum Cuti Belajar/Cuti Pasca Doktoral dan Sub Kepakaran/Cuti Sabatikal.
  8. Memproses permohonan pelanjutan cuti belajar staf yang telah disokong oleh fakulti/pusat sebelum dimajukan kepada Bahagian Biasiswa, KPM.
  9. Memantau Laporan Kemajuan Cuti Belajar setiap staf yang cuti belajar setiap enam (6) bulan dan memperakukan sebarang tindakan yang perlu diambil oleh Bahagian Undang-undang/Unit Perkhidmatan dan Saraan bagi kes-kes tidak menghantar laporan/tidak memuaskan dan memantau laporan akhir Cuti Pasca Doktoral/Cuti Sabatikal.
  10. Menguruskan staf lapor diri setelah tamat tempoh cuti belajar termasuk mendapatkan sesalinan ijazah atau transkrip setelah tamat pengajian.
  11. Menguruskan elaun keluarga staf yang sedang cuti belajar dan tuntutan lain seperti IELTS, visa dan passport.
  12. Mengenal pasti staf yang tidak dapat menamatkan pengajian dalam tempoh Cuti Belajar/Cuti Pasca Doktoral dan Sub Kepakaran/Cuti Sabatikal untuk dimajukan kepada Bahagian Undang-undang bagi tindakan seterusnya.
  13. Membangunkan dan mengemaskini prosedur-prosedur berkaitan Persidangan Staf Akademik, Cuti Belajar/Cuti Pasca Doktoral dan Sub Kepakaran/Cuti Sabatikal.
  14. Menyediakan data dari semasa ke semasa mengikut permintaan KPM, Pejabat Naib Canselor, Pejabat Timbalan Naib Canselor, Pejabat Bendahari, pihak fakulti dan lain-lain.
  15. Menguruskan rekod berkaitan Cuti Belajar/Cuti Pasca Doktoral dan Sub Kepakaran/Cuti Sabatikal termasuk mengesahkan rekod buku perkhidmatan melalui Sistem Maklumat Personal (SMP).
  16. Memantau sistem eSP KPT secara online untuk permohonan di peringkat sarjana/PhD, pelanjutan dan pengemaskinian data
  17. Menyediakan data berkaitan MyMohes/MyRA
  18. Memproses permohonan staf akademik untuk menghadiri persidangan dalam dan luar negara sebagai pembentang kertas kerja.
  19. Memantau kekerapan staf menghadiri persidangan dalam setahun untuk mengawal
 
 
Drop here!