Pengenalan

Bahagian Khidmat Pengurusan ditubuhkan berdasarkan aspirasi visi,misi dan objektif Jabatan Pendaftar didalam menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang menepati kepuasan pelanggan. Unit ini juga komited bagi menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang melalui kemudahan perkhidmatan serta membuat penambahbaikan secara berterusan.
 

Objektif

Bahagian Khidmat Pengurusan bertanggungjawab di dalam menguruskan perkhidmatan dan kemudahan staf Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) disamping bertanggungjawab dalam mengendalikan hal-hal berkaitan pentadbiran dan pengurusan kewangan Jabatan Pendaftar.
 

Piagam Pelanggan

  • Mengeluarkan surat jaminan perubatan UPNM kepada staf dengan kadar segera daripada masa penerimaan permohonan.
  • Melaksanakan urusan berkaitan kad matrik staf dengan kadar segera daripada tarikh permohonan tanpa masalah sistem rangkaian komputer.
  • Surat makluman keputusan kelulusan kemudahan alat telekomunikasi bagi pegawai UPNM dikeluarkan dalam tempoh 2 hari bekerja selepas mendapat kelulusan Pendaftar.
  • Pakaian seragam UPNM dan kasut diedarkan dalam tempoh 5 hari bekerja selepas menerima pakaian seragam dari pembekal.
  • Penghantaran surat luar yang menggunakan pos biasa atau pos laju ke Pejabat Pos dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh penerimaan surat dari PTJ.
  • Memastikan staf mendapat kemudahan rawatan perubatan di klinik panel yang telah dilantik.

Senarai Unit:

Unit Pentadbiran dan Operasi

Unit Pegawai Khidmat Pelanggan

MEL & POS UPNM

STOR ALAT TULIS